Saturday, December 31, 2011

1:37 am on 1 january 2012

Syukur alhamdulillah msih dpt hidup untuk tahun baru ne,,alhamdulillah ALLAH masih beri peluang untuk terus dan terus berjalan dimuka bumi NYA untuk mencari ilmu,mencari cinta dan REDHA NYA..
rasa sedih pun ada bila 2011 da berakhir,tp entah knpa rsa sedih..dan sedih juga bila 2012 tba..pon tak tahu knpa....
doa pertama yang ak panjatkan bila tiba detik 12 malam..."ya allah semoga ENGKAU angkat darjat ma dan abah untuk ke mekah tahun ne,,,"kerna ak terlalu mencintai ma dan abah...dan semoga tahun ne,ak akan menjadi lagi solehah bukan sekadar pada pndgn ALLAH tapi juga pd pndgn manusia,terutaman pda ma abah..ingin mnjdi anak yg lbh lbh lbh lbh solehah...yg sentiasa sentiasa sentiasa wt hati ma dan abah tenang...kerna mereka la syurga dunia ak...
azam lain2???
bnyak lagi azam yg thun lps xcapai,,,heheh,,cmna nk bina azam baru nem!!!sbnrnya xdak un azam baru ag ne,xsmpat nk fkir,sbb fkir exm jer 2 ary lagi ne......tp pepepon,smga kita semua sentiasa dlm REDHA,KASIH,RINDU,CINTA,LINDUNGAN ILAHI....dan semoga kasih sayang kita untuk junjungan besar RASULALLAH semakin mekar.....
sama2 la kita sambut tahun baru ditikar sejadah,bukan untuk menunujk tpi untuk mengajak..biarlah kita sama2 mulakan tahun baru dgan lafaz BISMILLAH........
INSYAALLAH.....bersama redha dan kasih ALLAH...

Wednesday, December 28, 2011

Salam imtihan....

tip tap tip tap lagi bape ary nak final,,tp men2 jer bnyak ...cmna ne nk jwb paper!!!...TAWAKAL,,,?mna ley,kna USAHA lu bru leh tawakal...DOA +USAHA +IKHTIAR +TAWAKAL =KEJAYAAN..

Selamat mnduduki exam tuk sume sahabat2 dan rakan2 yg dekat @ jauh dimata..heheh...gudlux sume,,insyaallah kita sama2 berjaya....USAHA dulu bru TAWAKAL..insyaallah....
jgn jdi bdak yang study LASTMINUTE...kang rezup jadi...................mintak jauh...
selamat berjuang sume....niat kerna ALLAH

Tetapkanlah hatiku pada jalanMu....

Ya Allah Ya Rahman Ya rahim Ya Alim,,Kau tetpkanlah hati dan jiwa ak dp jalanMu,jgnlah Kau biarkan ak berpaling pd jalan yang dulu,,jgnlah Kau biarkan hati aku lalai pada benda2 yang menjauhkan ak drMU....
Berikanlah ak kekuatan hati ,perasaan untuk menmpuh ujian dan dugaanMu,,ak xterdaya tanpa pertolongan dan bantuanMu walaupon ak nmpak gagah dan cekal..tp lam hati ..hnya ENGKAU yg lbh mengetahui..
Wahai Tuhan sekalian alam,hnya Engkau yang berhak aku sembah,hanya ENGKAU yang berhak aku beri segala pujian,,hanya ENgkau yang Maha Kaya ya Allah.....Ya Allah,hapuskanlah dia dri pndgn mata dan hati ak buat selama2 nya,,walaupun mulut berkata tidak,tapi HATI????aku memohon Ya Allah,jgnla Kau hadirkn kmbali perassan e2..sesungguhnya aku teramat meminta Ya Allah,,,jauhkanlah dia dr aku,,,jgnlah Kau berikn ruang lam hati ak untuk dia,,sesungguhnya ak sudah xterdaya dengan rasa ini Ya Allah,,,,sungguh...ak xterdaya....
Berikanlah aku kekuatan untuk menempuh segala dugaan,onak duri,cabaran Mu dengan penum senyuman tanda kesyukuran padaMU Ya Allah,,jdikanlah hati ak hnya untuk Mu dan yg halal bagiku,,,,,,,,
ak minta kasih dariMU Ya Allah..kuatkanlah aku untuk terus pada jalan ini,jalan yg telah Engkau tunjukkan padaku..AMIIIN

Tuesday, December 27, 2011

Mencari ketenangan hati...

Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi "hadiah" kepadanya. Firman Allah:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai..." (Surah At Tahrim: 8)

Firman Allah lagi:

"... Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri." (Surah Al-Baqarah: 222)

Sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan –forgive yes, forget not! Hendak memberi hadiah kepada orang yang bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kita?

Ah, jauh panggang daripada api! Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbinamanya.

Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga. Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya.

Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah – zikir fikli!

Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara:

Rasa kehambaan. Rasa bertuhan. Memahami maksud takdir. Mendapat hikmah di sebalik ujian.

Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti.

Untuk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu untuk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

Rasa Kehambaan

Rasa kehambaan ialah rasa yang perlu ada di dalam hati seorang hamba Allah terhadap Tuhan-Nya. Antara rasa itu ialah rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan lain-lain lagi. Bila diuji dengan kesakitan, kemiskinan, cercaan misalnya, seorang yang memiliki rasa kehambaan nampak segala-galanya itu datang daripada Allah. Firman Allah:

"Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman." (Surah At Taubah: 51)

Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Bukankah dia seorang hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku yang diuji? Kenapa aku, bukan orang lain? Ini samalah dengan mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu. Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Jika kita "memberontak" hati akan bertambah kacau.

Imam Ghazali pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah "memberontak" kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya.

Misalnya, dia tidak lalu mahu makan-minum secara teratur, tidak mandi, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan misai dan janggut dan lain-lain yang menjadi selalunya menjadi rutin hidupnya.

Ungkapan mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang adalah satu "demonstrasi" seorang yang sudah tercabut rasa kehambaannya apabila diuji.

Bila ditimpa ujian kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja' – innalillah wa inna ilaihi rajiun. Firman Allah:

"...Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali." (Surah Al-Baqarah: 156)

Mengapa kita diperintahkan mengucapkan istirja'?

Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita adalah hamba milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.

Rasa Bertuhan

Rasa kehambaan yang serba lemah, miskin, kurang dan jahil itu mesti diimbangi oleh rasa bertuhan. Bila kita rasa lemah timbul pergantungan kepada yang Maha kuat. Bila kita rasa kurang timbul pengharapan kepada yang Maha sempurna. Bila miskin, timbul rasa hendak meminta kepada yang Maha kaya. Rasa pengharapan, pengaduan dan permintaan hasil menghayati sifat-sifat Allah yang Maha sempurna itulah yang dikatakan rasa bertuhan.

Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina, lemah sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan rasa berani, mulia dan kuat. Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia ialah dia yang merasa lemah di sisi Allah.

Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya. Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah SAW yang menenteramkan kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di gua Thaur dengan katanya, "la tahzan innallaha maana – jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita!"

Rasa bertuhan inilah yang menyebabkan para nabi dan Rasul, mujaddid dan mujtahid, para mujahid dan murabbi sanggup berdepan kekuatan majoriti masyarakat yang menentang mereka mahupun kezaliman pemerintah yang mempunyai kuasa.

Tidak ada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus hidup mereka. Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah.

Firman Allah:

"Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat." (Surah Al-Baqarah)

Dalam apa jua keadaan, positif mahupun negatif, miskin ataupun kaya, berkuasa ataupun rakyat biasa, tidak dikenali ataupun popular, hati mereka tetap tenang. Firman Allah:

"Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana." (Surah Al-Fath: 4)

Bila hati tenang berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:

Maksudnya: "Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan." – Al Hadis

Memahami Maksud Takdir Allah

Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yang terkenal: We can't direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.

Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita adalah hati. Hati yang bersifat bolak-balik (terutamanya bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah – yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik.

Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baik kepada Allah berdasarkan firman-Nya:

"Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah : 216)

Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya, "barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang."

Siapa tidak inginkan kekayaan, malah kita dituntut mencari harta. Namun jika setelah berusaha sedaya upaya, masih miskin juga, bersangka baiklah dengan Tuhan... mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala sabar. Begitu juga kalau kita ditakdirkan kita tidak berilmu, maka berusahalah untuk belajar, kerana itulah maksud Allah mentakdirkan begitu.

Kalau kita berkuasa, Allah inginkan kita melaksanakan keadilan. Sebaliknya, kalau kita diperintah (oleh pemimpin yang baik), itulah jalan untuk kita memberi ketaatan. Rupanya cantik kita gunakan ke arah kebaikan. Hodoh? kita terselamat daripada fitnah dan godaan. Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu.

Jadi, kita tidak akan merungut, stres dan tertekan dengan ujian hidup. Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini: "Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik."

Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih "kerja Tuhan" yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa. Kata bijak pandai: "It's not what happens to you, but it's what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!"

Mendapat Hikmah Bila Diuji

Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh "mehnah" – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya.

Rasulullah s.a.w. bersabda, "perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!"

Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian.

Ringkasnya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.

Firman Allah: "Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan kegoncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" (Surah Al-Baqarah: 214)

Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan berdosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.

Justeru, telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian dengan berkata: "Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah."

Apabila keempat-empat perkara ini dapat kita miliki maka hati akan sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.
Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air. Tanpa zikir, hati akan mati. Tidak salah memburu kekayaan, ilmu, nama yang baik, pangkat yang tinggi tetapi zikrullah mestilah menjadi teras dan asasnya.

Insya-Allah, dengan zikrullah hati kita akan lapang sekalipun duduk di dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas. Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah – sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita.

Dengan itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya. Rupa-rupanya yang di cari terlalu dekat... hanya berada di dalam hati sendiri!

Monday, December 26, 2011

27 december 2011

Syukur alhamdulillah segala puji bagi ALLAH yang tiada selainnya,,dapat lagi hdup diatas muka bumi ne untuk menggalas tanggungjawab yang sagt2 bnyk..
stelah byk perkara yang datang dan hadir dlm hidup,walaupon sakit dan pedih,tp dengan izin dan kasih ALLAH,ak masih lgi mmpu untuk tersenyum lebar,,senyum pnuh tnda kesyukuran kerana masih diberi rasa cinta ,iman hnya pdNYA...
Orang kata susah untuk melupakan cinta yang pernah hdir lm hdup!!siapa kta sush,,possible jer,,cinta 2 tahun boleh lenyap dalam masa 2 hari,,,bknkah e2 keajaiban,,,??walaupon cinta hnya diam2,,knpa??sebb CINTA dtgnya dari ALLAh YANG MAHA MENCINTAI..dr DIA cinta e2 datang,dan kpd Dia juala cinta e2 pergi....
bila cinta manusia yang xhalal da tiada lm aty dan jiwa,ALHAMDULILLAH baru ak dpt rasa cinta sepenuhnya kpda PENciptaku,,,,biarlah DIA yang tentukan siapa yg berhak dapatkn cinta ak yg tlalu bnyk kekurangan,,,terlalu bnyk.....
cukuplah ALLAH dan RASUL dalam htiku,,ma dan abah dlm jiwaku.......


and tanx a lot tuk shbt baik ,bdak UIA sbb da mncantikkan blog ne,,,,,mantap bdak ICT!!!!..hehehe...

n dis my newborn baby,not my daughter bUt my niece..
AYRA QAISARA AZWAR BT MOHD AMIZU....

Saturday, August 13, 2011

..satu doa...


"Ya Allah! Jadikanlah aku bunga idaman para mujahid... bunga idaman agama! Aku mahu kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran. Jadikanlah aku wanita solehah, wanita mukminah!"..

"Ya allah,jadiknlah aku mencintai org yang beriman,dan jadiknlah org yg beriman e2 mncintai aku.."

doa

"Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam Neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun; Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada Iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman.
Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti; Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasul-Mu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tid
ak memungkiri janji." [Ali-Imran 3:192-194]

biLa miMpi jDi seAKan2 knyATAan...


bila cite sal mmpi ne,mmg tiap2 pg,ptg ,mlm la ak mmpi,,sbb mmg suka tdo an..nk wt cmna..tp mmpi kdg2 ada yg btoi,n kdg2 ada jer yg tersasar dri jln..haha..tp bila nk cite ne an,mmg xabisla 3 hri 4 mlm..klu ak mmpi yg syok2,ak story la kt kwn ak ne,blh kata bezfren la kot,cucu a.k.a liu xiang,,heheh,,xley gtw nma sbnr, nti dia prasan plak..huhuhu...haaaa,cntinue la cite ak ne,,sjk 2 menjak ,3 menjak n bermenjak2 ne,ak asyk mmpi ada org duk mai pinag ja...hahah,,pe alamat ne ep??heheh,,,pnh skli ,mmpi ada org kta..

"sya nk bgi hadiah kt awk"..bla ak tya ,dia kta.."hati sya"....

ak pkir,ne symptom2 byk brkhayal nk nikah kt hotel kut,,kui3....n 1 ag,ak mmpi jiran ak kta kt ma ak yg ada org kg ak brkenn kt ak...nk wt menntu ktanya,,,,n pe trjdi...masyaallah...keesokn hari mmg btoi mak ak tercerita yg ada jiran kg mmg nk wt ak mnntu,,ahhaa,,,mmg ciap2 pggil ak mnntu ag,,,
ne la bila berangan byk sgt....
tp nk wt cmna,,mmg suka berangan......heheeh

smga pe2 yg diingini n dihajati akn dimakbulkn allah....ammiin


Saturday, March 12, 2011

,,,,,to my mum,,,

.... I THINK My MUM IS AMAZING....


She wakes early in the morning with a smile

And she holds my head up high:

"Don’t you ever let anybody put you down -

‘Coz you are my little angel"

Then she makes something warm for me to drink -

‘Coz it’s cold out there, she thinks

Then she walks me to school - yes, I ain’t no fool

I just think my mum is amazing

She makes me feel -

Like I can do anything

And when she’s with me

There’s nowhere else I’d rather be

After school, she’s waiting by the gate

I’m so happy that I just can’t wait -

To get home to tell her how my day went

Eat the yummy food only my mum makes

Then I wind her up ‘coz I don’t want to bath

And we run around the house with a laugh

No matter what I say, she gets her way

I think my mum is amazing

In the evening, she tucks me into bed

And I wrap my arms around her head

Then she tells me a tale of a girl far away -

Who one day became a princess

I’m so happy - I don’t want her to leave

So she lies in bed with me

As I close my eyes, how lucky am I -

To have a mum that’s so amazing


Then I wake up in the morning - she’s not there

And I realise she never was

And I’m still here in this lonely orphanage -

With so many just like me

And as my dreams begin to fade

I try hard to look forward to my day

But there’s a pain in my heart that’s a craving:

How I wish I had a mum that’s amazing

Would be amazing

Monday, February 21, 2011

,,saya sgt jhat,,,

maafkn kslhn dn ksilapn sya,,shbt.....
xda pkataan yg mmpu dbrikn slain MAAF,,,
krna menipu,menipu dan meNIPU,,,,,
............................
mmg ssah nk memaafkn,even shbt kta xmrh un,,,
tp sya ykin shbt mrah n bkcil hati,,,,,
maafkannnnnnnn sya yg khilaf ne....

Wednesday, February 16, 2011

hahahha,,

salamullah,,,

hhahahhaha,,xda mnda nk wt an,,ak ahhahhahah jela,,..
da bgtu lma bjman ak x berblogging,,biasala xda idea yg mnrik nk berblogging,
plus lptp ne br p dftr wirelss..so i'm back,,
hahahhahahahhahahahhhh,,
adoiiiya,,nk meroyan sal pe ntah mlm ne,,still xda idea,,tp,,,,hmmmmmh,,
nk tggu kul 10pm ne,,ada pjmpaan TOT(TEMASYA OLAHRAGA THUNN USM)..
hahahhahahhaha,,

lau kte da bkenn kt sum1 ne,,kte kna cpt2 p mlmr dia la an???hahahahha..
meroyan tol ak ne,,

hahah,huhuhu,,hohoho...
ssungguhnya ALLAH tlh mnentukan pe yg terbaik tuk kta an!!!
HE KNOWS BETTER..

pe2 pom,,mmg ak da jtuh aty ne,,,,ngnnn,,,



MR ASYRAF MUSLIM,,,


waaakakakkakhahahhahhuhuhu,,,
e2 la kksih aty,buah hti ak yg x kn mnjdi realiti,,hahhaha...

ak xda gmbr dia nk ltk,,so ltk gmbr sndrila,,hahahhah



haaaaa,,jgn jles,,sma cntik,sma encem,sma macho,,hahhhaha..
ne sdara ak,,skng amik phd kt oversea,,tp ak lupa kt mna,,,
dia da nk kawin un,,huhuhu,,abg mi,,,

Sunday, February 13, 2011

YG MNAKAH KITA???

assalamualaikum,,

skadar berkngsi,,,

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.