Wednesday, July 21, 2010

ISTIMEWANYA WANITA

  • Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
  • Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.
  • Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  • Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S
  • Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.
  • Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
  • Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
  • Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
  • Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu
  • Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  • Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
  • Aisyah r.a berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W "Ibunya."
  • Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
  • Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
  • Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  • Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T
  • Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  • Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  • Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang
    sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdeka kannya 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T


WANITA SOLEHAH

Wanita Beriman Serta Beristiqomah Dalam Melakukan Amal-amal Kebajikan.

1. Wanita yang memiliki iman yang mantap

Dalam menjalani kehidupan bermasyarakat yang berbilang bangsa, para muslimah sentiasa terdedah kepada cabaran iman di samping cabaran dan godaan dari syaitan. Oleh itu kaum wanita perlulah melengkapi dan mengisi jiwa mereka dengan keimanan yang kukuh untuk mengelakkan diri mereka dari godaan-godaan tersebut.

2. Wanita yang rajin beribadat

Setiap individu sama ada lelaki atau perempuan yang terbaik amal ibadatnya maka mereka layak untuk memasuki syurga Allah.

3. Wanita yang mempunyai sifat taqwa

Ianya merupakan satu sifat yang mulia yang mana bermula dengan sifat malu. Sabda Rasulullah s.a w., "Malu itu sebahagian dari iman " Maksud malu di sini ialah : - Malu kepada Allah s.w.t. dalam setiap gerak-geri sama ada dari perkataan, perbuatan serta pengakuan. Malahan niat kita mestilah mengarah kepada matlamat bahawa Allah itu Maha Melihat, Maha Mengetahui dan Maha Mendengar, tidak ada sesuatu pun yang berlaku kecuali semuanya ada di dalam ilmuNya. - Malu kepada Rasulullah s.a.w. dengan melakukan segala bentuk amal soleh dan mengikut segala sunnahnya demi untuk membalas jasa Rasulullah yang bersusah payah menegakkan Islam di bumi ini.

4. Wanita yang cergas beramal soleh dan amal kebajikan

Setiap amalan kebajikan mestilah ada manfaat kepada orang ramai. Seperti melibatkan diri dalam amalan keagamaan atau kebajikan sosial. Wanita mesti cergas membela nasib mereka sendiri kerana mereka sendiri yang lebih arif dalam permasalahan mereka.

5. Wanita yang ikhlas

Melakukan sedekah sebahagian dari harta miliknya.

0 comments: